Pusat Ekonomi Digital (PEDi) merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence.
Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Sebanyak 12 Pusat Jalur Lebar Komuniti rintis untuk Fasa Rintis, 73 pusat untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa 2 dan 36 pusat untuk Fasa Felda telah diwujudkan di seluruh Malaysia pada tahun 2013 bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.
Pada 2014,sebanyak 89 Pusat Ekonomi Digital baharu telah dibina termasuk 6 Pusat Ekonomi Digital di kawasan bandar menjadikan jumlah keseluruhan Pusat Ekonomi Digital yang beroperasi di seluruh negara sebanyak 513 dengan jumlah ahli berdaftar seramai 360,832 orang.Pusat Ekonomi Digital menyediakan perkhidmatan capaian internet dengan kelajuan sehingga 100Mbps untuk pengguna di kawasan luar bandar serta kumpulan yang kurang diberi perkhidmatan di seluruh negara.Ini termasuk orang kelainan upaya,kanak-kanak dalam perlindungan,perempuan dalam pemulihan dan penduduk di kawasan perumahan kos rendah.
.Latihan yang disediakan di Pusat Ekonomi Digital termasuk asas ICT,Microsoft Office,multimedia,pembangunan laman web,e-pembelajaran,e-dagang dan banyak lagi.Latihan-latihan ini diharap dapat menggalakkan penggunaan ICT di kalangan komuniti dan menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi komuniti setempat.