Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya anak disahkan OKU.
Ibu bapa, ahli keluarga dan komuniti juga memainkan PERANAN & TANGGUNGJAWAB penting iaitu:
IBU BAPA

Memperkasakan diri dengan pengetahuan dan kemahiran dalam penjagaan asas dan rehabilitasi kanak-kanak kurang upaya supaya rehabilitasi dijalankan secara konsisten di rumah

Mengenalpasti potensi anak OKU dan menyokong penglibatan dalam masyarakat

AHLI KELUARGA

Meningkatkan kesedaran berkenaan ketidakupayaan terutamanya adik beradik bagi membolehkan mereka membantu dalam penjagaan anak OKU

Memberi sokongan kepada ahli keluarga untuk penjagaan berterusan sehingga akhir hayat OKU

KOMUNITI

Penglibatan dan kerjasama pelbagai agensi dalam menyediakan persekitaran lebih mesra OKU

Menyokong keluarga dan OKU dengan menyediakan pelbagai bentuk bantuan, meliputi sokongan psikososial

Mewujudkan kumpulan sokongan kepada keluarga dan OKU