mcmc
Aktiviti SemasaPendidikan

TINY TECHIES – Kelas Ulangkaji (Atas Talian)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dimaklumkan bahawa program TINY TECHIES – Kelas Ulangkaji (Atas Talian) akan dianjurkan khas untuk murid Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah seperti ketetapan berikut:

TINY TECHIES
KELAS ULANGKAJI (ATAS TALIAN)
Program pembelajaran teknologi untuk murid Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah

Micro:bit & Robotik (Sekolah Rendah)
Ulangkaji asas pengaturcaraan dan robotik menggunakan Micro secara interaktif.

·         Tarikh: 31 Januari 2026 (Sabtu)

·         Masa: 2.00 petang – 3.00 petang

·         Platform: NADIBook

·         Pautan: https://nadibook.my/

·         Umur: 7-12 tahun

Python, HTML dan SQL (Sekolah Menengah)
Ulangkaji asas pengaturcaraan, pembangunan web dan pangkalan data sebagai persediaan pembelajaran lanjutan.

·         Tarikh: 31 Januari 2026 (Sabtu)

·         Masa: 3.00 petang – 4.00 petang

·         Platform: NADIBook

·         Pautan: https://nadibook.my/

·         Umur: 13-17 tahun

Maklumat Tambahan:

·         Kelas dijalankan secara dalam talian dan langsung

·         Percuma untuk Ahli Berdaftar NADI

·         Modul pembelajaran disediakan

·         Dikendalikan oleh fasilitator berpengalaman

·         Sesi soal jawab secara langsung

Syarat Penyertaan:

·         Peserta mestilah berdaftar sebagai Ahli NADI

Sehubungan itu, ibu bapa dan pelajar yang berminat adalah dialu-alukan untuk menyertai program ini.

Sekian, terima kasih.